
Sebenarnya, saya pernah menerima pelbagai jenis surat berantai. Dari yang mahu saya menyalin dan menghantar kepada sepuluh / dua puluh orang demi mengelakkan sial sehinggalah ada yang menggunakan ayat Quran untuk mengugut agar meneruskan surat berantai itu.
Pertama, reaksi saya terhadap surat tersebut - tersenyum. Kerana isu ini telah saya bincangkan bersama rakan saya di Tagged suatu masa dahulu. Sayang sekali rakan saya yang satu ini mungkin ter'miss' perbincangan tersebut.
Terdapat pelbagai hukum mengenai surat berantai ini mengikut beberapa pendapat dan ulama.
- Pertama, ianya dimaafkan namun boleh menjejaskan akidah (sila refer Ustaz Zaharuddin untuk penerangan lanjut.
- Kedua, ianya khurafat mengikut pandangan Dr. Yusuf Qardawi (Perkataan khurafat berasal daripada perkataan Arab yang bererti cerita bohong, dongeng dan tahyul atau sesuatu yang tidak masuk akal - Sumber: Ensiklopedi Hukum Islam, hlm 936-937).
- Ketiga, ianya khurafat dan boleh menjatuhkan murtad, hukum ini dikeluarkan oleh Majilis Fatwa Kebangsaan 1978.
Maka, berdasarkan dalil-dalil di atas, saya memilih untuk menerima hukum surat berantai ini sebagai khurafat dan boleh menjatuhkan murtad. Kenapa saya memilih hukum yang paling berat? Kerana sebagai seorang muslim, saya merasakan matlamat utama kita adalah untuk mencari keredhaanNya. Oleh itu, segala macam perkara yang menimbulkan keraguan dan boleh menjejaskan akidah, seharusnya dielakkan sama sekali dan memilih hukuman yang terberat akan membuatkan saya menjadi takut untuk melakukan perkara tersebut. Dan insyaAllah, apabila wujudnya ketakutan yang sedemikian, kita tidak akan sewenangnya mempermudahkan hukum-hukum Islam mengikut selera sendiri.
Berbalik kepada surat wasiat tadi, saya telah menasihatkan sahabat saya tersebut pada saat saya menerima surat tersebut. Ya, bukan salah beliau kerana tidak tahu. Tetapi, menjadi tanggungjawab saya untuk menegur. Cuma saya sedikit hairan dengan masyarakat kita yang hidup pada zaman serba moden ini, tetapi masih mempercayai perkara khurafat seperti surat berantai. Maka jelas bahawa masyarakat zaman sekarang terlalu takut tentang perkara-perkara sial sehinggakan lupa bahawa segala bala bencana yang turun itu adalah untuk menguji keimanan kita. Sesungguhnya, sekiranya kita bertawakal, insyaAllah, perasaan merasakan itu 'sial', ini 'sial' dan tidak sanggup menerima segala dugaan yang mendatang pasti akan segera lenyap dari hati.
Ini seperti yang diperkatan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tarmizi - Dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tathayyur (merasa sial) adalah syirik." (3 kali).
Dan Ibnu Mas'ud sendiri berkata: " Setiap orang akan ada perasaan-perasaan 'sial', dan lain-lain tetapi Allah akan menghilangkannya jika anda bertawakkal."
Surat Wasiat Untuk Kamu
Memandangkan masyarakat di Malaysia ini terlalu berminat dengan surat-surat berantai yang kononnya wasiat dari Sheikh Ahmad (walhal lelaki ini tidak pernah wujud), pada Part 2 di mana saya mempunyai sebuah wasiat yang ditinggalkan oleh seseorang yang teramat mulia untuk anda warisi. Ianya adalah wasiat yang saya rasakan anda semua pasti mahu mewarisinya dan membacanya. InsyaAllah, anda tidak akan sama sekali menyesal untuk membaca wasiat tersebut. Jumpa lagi di Part 2. Wslm.Truthfully,



(Surah An-Nisa' : Ayat 115)
0 comments:
Post a Comment