Apa khabar? Rasa agak menarik dan panik juga apabila membuat cubaan pertama menaip di blog istimewa ini. Banyak perkara yang membuatkan jadi agak panik - lenggok bahasa yang agak baku (skema) untuk penyampaian yang lebih efektif dari segi pemahaman maksud penceritaan; walaupun blog ini bersifat 'peribadi' tetapi ianya mahu dicenderungkan sebagai ruangan perkongsian ilmu dan oleh itu pengisiannya hendaklah sepadan dengan objektif blog ini; ini bukanlah blog pertama saya tetapi akan menjadi blog terakhir yang menjadi medan pencurahan idea, perasaan dan emosi (beserta dengan unsur ilmiah).Labels: About me, Cubaan Pertama
Pertama sekali, ahlan wa sahlan kepada anda semua. Terima kasih sebab sempat menjenguk di blog saya yang tak seberapa ini, terutama pada bahagian siapa saya. Namun, janganlah berkecil hati sekiranya isi blog ini tidaklah secantik design layout atau template blog ini. Ini kerana blog ini sekadar coretan saya tatkala ilham menjengah. Ia mungkin sarat dengan emosi (p/s: andai anda lupa, saya adalah wanita, dan blog ini juga bernama 'wanita'), sebarang ilmu pengetahuan, info2 semasa ataupun apa-apa sahaja, selagi mendatangkan faedah kepada para pembaca. InsyaAllah.




