Dalam dua atau tiga minggu lepas, saya ada menerima satu mesej di Facebook. Isi kandungan mesej tersebut sebenarnya bukanlah ditujukan buat saya seorang, tetapi untuk lebih kurang sepuluh orang. Yang menariknya, isi kandungan tersebut mengenai seorang penjaga makam Rasulullah SAW bernama Sheikh Ahmad. Secara ringkasnya, ia adalah surat berantai.Labels: Hukum Surat Berantai, Wasiat Nabi

Pertama sekali, ahlan wa sahlan kepada anda semua. Terima kasih sebab sempat menjenguk di blog saya yang tak seberapa ini, terutama pada bahagian siapa saya. Namun, janganlah berkecil hati sekiranya isi blog ini tidaklah secantik design layout atau template blog ini. Ini kerana blog ini sekadar coretan saya tatkala ilham menjengah. Ia mungkin sarat dengan emosi (p/s: andai anda lupa, saya adalah wanita, dan blog ini juga bernama 'wanita'), sebarang ilmu pengetahuan, info2 semasa ataupun apa-apa sahaja, selagi mendatangkan faedah kepada para pembaca. InsyaAllah.




