NOTIS: Artikel di blog ini tidak berkaitan sama ada dgn yg hidup / mati. Sekiranya ada persamaan, ianya mungkin kuasa dan kehendak Allah swt. Oleh itu, andai terkurang, ianya kerana diri saya seorang insan biasa, dan kalaupun ada kelebihan, ianya anugerah dari Sang Pencipta. Anda bebas untuk menegur saya andai ada kesilapan. Untuk mengambil artikel di blog ini, seperti biasa, kredit / link kan pada blog ini. P/S: Kredit utk owner gambar awek yg menjadi my side banner. Harap maklum.

Saturday, May 22, 2010

Percubaan pertama dan artikel pertama.

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Apa khabar? Rasa agak menarik dan panik juga apabila membuat cubaan pertama menaip di blog istimewa ini. Banyak perkara yang membuatkan jadi agak panik - lenggok bahasa yang agak baku (skema) untuk penyampaian yang lebih efektif dari segi pemahaman maksud penceritaan; walaupun blog ini bersifat 'peribadi' tetapi ianya mahu dicenderungkan sebagai ruangan perkongsian ilmu dan oleh itu pengisiannya hendaklah sepadan dengan objektif blog ini; ini bukanlah blog pertama saya tetapi akan menjadi blog terakhir yang menjadi medan pencurahan idea, perasaan dan emosi (beserta dengan unsur ilmiah).

Kalau adapun blog-blog lain selepas ini, saya akan khususkan sebagai blog-blog yang berinformasi (tanpa melibatkan emosi / penceritaan tentang hari-hari di dalam hidup saya). Teringat zaman-zaman dahulu di mana blog saya lebih kepada sebuah diari online. Adakalanya terisi dengan sajak / poem, ada waktunya saya selitkan dengan penceritaan humor, dan ada juga saya luahkan ketidakpuasan hati saya. Namun, apabila direnung-renungkan kembali, satupun daripada blog-blog tersebut langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada para pembaca, malah pada saya juga. Sekadar menjadi sebuah diari hidup.

Oleh itu, lebih kurang 3 bulan lepas, saya memasang niat untuk mempunyai sebuah blog berunsur peribadi + informasi. Kiranya blog ini bukanlah untuk publisiti, monetize, dan seangkatannya. Ia hanyalah sebuah blog di mana rakan-rakan saya dan para pembaca saya boleh membaca dan mengambil iktibar dari setiap satu yang berlaku dalam hidup saya. Juga sebuah blog yang akan saya gunakan sebagai platform penyampaian informasi dan ilmu. Ia seperti peringatan untuk rakan-rakan dan diri saya sendiri. InsyaAllah, saya akan cuba memberi yang terbaik untuk para pembaca saya.

Baiklah, rasanya tidak perlu saya memulis dengan panjang lebar di dalam artikel pertama ini. Cukup sekadar kamu semua mengetahui kenapa blog ini wujud. Untuk apa dan pada siapa. Sekiranya ada apa-apa artikel di blog ini yang patut ditegur (mungkin ada kesilapan di mana-mana), maka tegurlah saya. Saya masih baru dan masih perlukan banyak bimbingan dan nasihat. Thanks *wink*


Truthfully,



Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik, nescaya ia akan memperolehi bahagian (pahala) darinya, dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) darinya. Dan (ingatlah) Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nisa' : Ayat 85)





0 comments:

Post a Comment


 

Mahu link anda di sini? Sila KLIK DI SINI!

----------------- A -----------------
ANWC Avenue
All Information Avenue

----------------- K -----------------
Kala Prahara Menerjah
Keajaiban Al-Quran
Kelab Setiausaha DBKL
Keluarga Sakinah (FB)

----------------- N -----------------
Not Necessarily Ur Cuppa

----------------- R -----------------
Rintihan Hati Tak Terucap

----------------- T -----------------
tENtaNg aKu [^_^]v

In Progress
In Progress
In Progress

Blog Archive